Best
la dah ade RFC ni..sekurang2nya kalau teringin nak makan KFC (yang
boikot tu) ade la inisiatif lain.Alhamdulilah ade gak cara untuk kita
tak salurkan duit kita ke tempat yang tak sepatutnya.Moga kita terus
menyokong barangan buatan Muslim..
HPA
Industries Sdn Bhd (HPA) melangkah setapak lagi dalam visinya
menyediakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila
membuka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC).
Syarikat
jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara
ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama
RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani,
Kedah.
Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009. Menurutnya,
syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di
Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah
dan Sarawak.
RFC
adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat
kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan
seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya
kepada kesihatan manusia keseluruhannya.
“Di RFC, kami
menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas
daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti
daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.
“Pada masa sama,
semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan
herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan
lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.
Selain
ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC
juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej,
kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim. RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.
baca selengkapnya..
|